Wednesday, December 1, 2010

Pemain bola sepak Malaysia dipilih ke Arsenal F.C

Rabu;seorang pemain Malaysia diberi tawaran untuk mewakili kelab terkemuka Liga Inggeris dan dunia.Arsenal yang merundum sejak kebelakangan ini dikatakan seperti terdesak dalam memilih pemain bola sepak.Arsene Wenger,pengurus pasukan Arsenal menafikan cakap cakap tersebut dalam sidang media baru baru ini.

 Pemain tersebut dipilih kerana menepati ciri ciri seorang pemain yang berkebolehan.Pemain itu disyorkan oleh seorang pencari bakat dari Arsenal yang kebetulan terlihat kelincahan pemain itu semasa bermain di padang di Malaysia.Pencari Bakat yang kebetulan berada di padang tersebut untuk membuang air kecil di semak belakang padang tersebut terpegun dengan corak permainan pemain tersebut yang konsisten dan bersahaja lantas,beliau menghubungi Wenger dan merakam secara diam diam cara permainan pemain tersebut.Ternyata Wenger terpegun dan mahu pemain tersebut berada dalam pasukannya.
Wenger selepas menonton video pemain tersebut..




Walaubagaimanapun,tindakan Wenger itu ditentang hebat oleh salah seorang pemain Arsenal,Diaby yang khuatir dia akan berkongsi makanan dengan pemain baru tersebut.Setelah diberi penerangan oleh Wenger,barulah Diaby faham dan menyokong Wenger dengan sepenuhnya.Pemain itu yang bakal menggantikan Walcott yang diselubungi penyakit buasir yang agak melarat.
                                                         Diaby yang tidak puas hati dan khuatir..

Salah seorang pemain kebangsaan diminta mengulas tentang tawaran Arsenal itu kepada pemain itu tidak mahu memberikan apa apa komen kerana dipercayai mencemburui pemain tersebut.

kalau la betul semua ni berlaku dan 'pemain itu' adalah aku kan syok!!!tapi apakan daya...

4 comments:

kate2 bernas