Wednesday, June 8, 2011

Bapok/Pondan dan Tomboy dari perpekstif aku.

asalamualaikum,

kali ni aku nak cakap sikit pasal bapok/pondan dan tomboy dari perpekstif aku.Betul ke aku eja perpekstif?aku google jap.oh ejaan sebenar "perspektif",apa-apa la,jadi korang tahu la apa yang aku maksudkan kan?bapok atau pondan ni terbahagi kepada 2,satu yang bermoral dan satu lagi tidak bermoral.yang aku nak cakap ni pasal pondan yang tak bermoral.Pasal gejala pondan ni korang pun mesti pernah jumpa manusia macam ni kan?Aku,pondan memang aku tak berapa suka.Lelaki lembut dengan pondan tak serupa.Pondan ni la yang sebenarnya yang aku kesian tengok.Kena ejek,kena kutuk,tambah-tambah lagi selepas cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah baru keluar,watak lelaki lembut,Usop la yang membawa fenomena dialog yang ditiru untuk memerli dan menyindir golongan pondan ni.




"8,000 pondan di seluruh Malaysia" kata Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluaraga & Masyarakat, Chew Mei Fun dalam sidang Dewan Negara baru-baru ini. Ianya hasil kajian daripada seorang pensyarah Universiti Utara Malaysia, Yik Koon Teh.Semuanya melayu.adoi,apa nak jadi la.Pondan yakni menyerupai wanita dalam pelbagai aspek sebenarnya dosa dalam Islam.Allah SWT melarang benda-benda macam ni.Walaupun pondan-pondan ni mungkin cakap,dah naluri dia nak jadi perempuan,mereka harus melawan naluri mereka itu dan cuba menjadi lelakit sejati.

Tomboy

tomboy macam yang korang tahu adalah perempuan yang lebih cenderung menjadi lelaki dari pelbagai aspek.Antaranya cara berpakaian,cara bergaul dan sebagainya.Tomboy pun sebenarnya dilarang keras dalam Islam.Kalau mereka diluar sana yang berpewatakan seperti lelaki,cubalah elakkan,jadilah seorang perempuan yang ayu.Walaupun naluri mengatakan tidak.Mungkin ada yang akan cakap,"eleh,Syam cakap senang la,bukan kau yang rasa!"Sebenarnya kalau pasang niat di hati nak jadi wanita sejati.korang sebenarnya boleh.Tomboy-tomboy ni selalu aku nampak jadi guard kat Supermarket atau Hypermarket.Mungkin mereka rasa mereka mampu melakukan kerja macam tu.Ok,teruskan,kami salute anda.Tapi,cubalah elakkan berpewatakan seperti lelaki dan berpakaian seperti wanita.Takkan korang nak jadi andalusia(anak dara lanjut usia)?jadi fikir-fikirkanlah.

Kesimpulannya,korang kenalah sentiasa berhati-hati takut terjebak dengan perkara macam ni.Allah amat melarang benda-benda macam ni.Ada yang paling teruk,sanggup melakukan pembedahan transexual atau pembedahan pertukaran jantina dengan mengubah kemaluan mereka melalui pembedahan.!Nauzubillahi Min Zalik.

No comments:

Post a Comment

kate2 bernas