Friday, October 8, 2010

Horrible October:Histeria(KISAH BENAR)

Semalam pada hari Khamis tanggal 7 oktober tahun 2010,terpahat satu sejarah yang tidak akan dilupakan warga SMK Seri Samudera yakni sekolah Syam.Kejadian ini Syam gelarkan sebagai "Horrible October".Ini kerana berlakunya kejadian perempuan dirasuk jin atau pun Histeria ataupun orang Perak panggil meroyan.

Kejadian Histeria pertama berlaku semasa Syam berada di makmal Kimia Sekolah,semasa itulah terdengar satu jeritan yang kuat di aras yang sama dengan makmal kimia ini,pada mulanya Syam sangkakan budak perempuan bergaduh,semua pelajar berebut nak tengok.Rupa-rupanya seorang pelajar perempuan dirasuk.Di situlah bermulanya episod yang menggerunkan apabila semasa rehat ada lagi pelajar lain yang Histeria.Semasa berada di dalam kelas tiba-tiba lebih kurang 5 pelajar perempuan meroyan,sekolah terpaksa ditutup awal.


Kelas Syam bersama-sama kelas lain diarahkan guru untuk membaca surah Yaasin.Selepas itu ustaz Syam mengarahkan Syam bersama kawan Syam untuk melaungkan Azan di setiap penjuru Sekolah.Kemudian semasa Syam meronda kawasan sekolah untuk melaungkan azan,tiba-tiba seorang pelajar yang sedang menduduki PMR dirasuk dan pelajar perempuan itu diusung ke surau.Setelah dibaca yaasin dan dirawat oleh 2 orang ustaz luar,keadaan bertambah pulih.Dianggarkan 27 orang menjadi mangsa Histeria di sekolah saya.Tapi sebagai manusia kita harus sentiasa bermuhasabah diri..Sekian

No comments:

Post a Comment

kate2 bernas