1.Angkat tangan ke paras dada.
2.Rapatkan kedua-dua belah tangan.
semasa merapatkan tangan kita,kita akan nampak bentuk sampan atau pun huruf ب
titik bagi huruf ب terletak di dalam hati kita.Ingatlah,setiap huruf hijaiah,Malaikat diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk menjaganya.Har Hayaail ialah nama malaikat yang menjaga huruf ب .Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap Allah tanpa sebarang pengantara.Jadi,berdoalah kita bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.Ingatlah takdirdan nasib boleh diubah melalui doa.Semasa berdoa,duduklah dalam keadaan sopan seperi duduk tahiyat akhir.Jika kita berdoa sambil berdiri,berdirilah tegak-tegak dan jangan bersandar.Semasa berdoa banyakkanlah memuji Allah dan menyebut nama-nama Allah yang lain.Contohnya,jika ingin berdoa untuk dimurahkan rezeki sebutlah nama Allah ar-razaq dan disusuli dengan selawat keaas nabi.
Berdoalah bersungguh-sungguh dan gunakanlah bahasa yang mudah difahami kerana Allah maha pengasih dan memahami tiap tutur kata hambanya.Jadi,praktikannya dan jangan lupa mengajarkannya kepada ahli keluarga lain,kawan-kawan dan orang lain.
Wallahualam