Thursday, October 20, 2011

Hidayah Allah kepada mereka.

Asalamualaikum,masih ingat penyanyi dangdut terkenal Iwan Syahman?masihkah kita ingat pelakon era 80-an yang melakonkan watak Ali dalam filem Ali Setan,Azmil Mustapha?masih ingat lagikah kita dengan seorang yang dulu dikenali sebagai pelakon komedi?Bob Lokman?Alhamdulillah,mereka kini menampakkan perubahan yang amat positif.Kesemua mereka telah mendapat hidayah Allah SWT untuk bertaubat dan insaf.Menjalani kehidupan sebagai muslim sejati sememangnya indah.Semoga Allah memelihara kita dalam keredhaanNya.Amin


Iwan Syahman



Azmil Mustapha(Ali Setan)



Bob Lokman

sedutan video Bob Lokman tarik diri dari menjadi juri Raja Lawak.Kata-katanya yang amat sinis adalah "banyak sangat gelak,nanti cepat mati"

Baca Lagi... Hidayah Allah kepada mereka.

Busana Islam?

Asalamualaikum,harini aku nak cakap sikit pasal busana Islam.Busana Islam ni dah jadi macam trend sekarang ni.Satu perkembangan yang bagus.Tapi,perlu ke nak ditonjolkan wanita yang menggayakan busana islam?dan busana Islam yang sesat sekarang ni,tudung terlipat sana,terlipat sini,sudahnya,dada tak tutup,lepas tu pakai baju ketat-ketat,lengan baju luas boleh nampak ketiak,busana islam ke busana bodoh tu?Lagi satu,aku nak tegur tentang tudung yang sauk je kat kepala tu,pastikan kalau nak pakai tudung macam tu,dada ditutupi dan tidak menampakkan bentuk leher.Teringat kata-kata ustaz aku,"tutup aurat,bukan balut aurat"..

Dah pulak lepas tu,busana Islam yang entah apa-apa tu dijadikan festival.Islam ke macam tu?wanita dijadikan bahan ujikaji untuk tatapan umum termasuk lelaki ajnabi.Kepada mereka yang menjahit baju-baju seksi-seksi tu,ustaz Azhar Idrus kata,kita akan bersama berdosa atas baju seksi tu,melainkan nasihat kepada perempuan yang tempah atau beli baju macam tu supaya hanya memakainya dihadapan suami sahaja dan di rumah saja.Tengoklah gambar ni sebagai renungan..


Baca Lagi... Busana Islam?

Ustaz Pilihan

Asalamualaikum.

Sebenarnya,banyak lagi ustaz yang aku nak perkenalkan kat korang,okay.Untuk kali ni,aku nak kenalkan kat korang dengan Ustaz yang tersohor di youtube,facebook dan lain-lain lagi.Walaupun beliau jarang keluar tv(tak pernah nampak pun),namun beliau tetap glamour.Nama beliau ialah Ustaz Azhar Idrus.Beliau ni orang Terengganu.So,kalau dia speaking Terengganu memang pekat piyor la.Kalau korang nak dengar kuliyah dia,kenalah bawa translator jika perlu.Ustaz Azhar ni seorang photographer yang hebat.Angle-angle gambar dia kebanyakannya kemah keming.Ambe salute Ustaz!
Banyak ilmu pasal hukum-hukum yang aku dapat dari page facebook dia,



dan antara video kuliyah dia kalau korang nak tengok,dan kalau korang jumpa cd ceramah dia,belilah..
 

Baca Lagi... Ustaz Pilihan