Thursday, October 20, 2011

Busana Islam?

Asalamualaikum,harini aku nak cakap sikit pasal busana Islam.Busana Islam ni dah jadi macam trend sekarang ni.Satu perkembangan yang bagus.Tapi,perlu ke nak ditonjolkan wanita yang menggayakan busana islam?dan busana Islam yang sesat sekarang ni,tudung terlipat sana,terlipat sini,sudahnya,dada tak tutup,lepas tu pakai baju ketat-ketat,lengan baju luas boleh nampak ketiak,busana islam ke busana bodoh tu?Lagi satu,aku nak tegur tentang tudung yang sauk je kat kepala tu,pastikan kalau nak pakai tudung macam tu,dada ditutupi dan tidak menampakkan bentuk leher.Teringat kata-kata ustaz aku,"tutup aurat,bukan balut aurat"..

Dah pulak lepas tu,busana Islam yang entah apa-apa tu dijadikan festival.Islam ke macam tu?wanita dijadikan bahan ujikaji untuk tatapan umum termasuk lelaki ajnabi.Kepada mereka yang menjahit baju-baju seksi-seksi tu,ustaz Azhar Idrus kata,kita akan bersama berdosa atas baju seksi tu,melainkan nasihat kepada perempuan yang tempah atau beli baju macam tu supaya hanya memakainya dihadapan suami sahaja dan di rumah saja.Tengoklah gambar ni sebagai renungan..


No comments:

Post a Comment

kate2 bernas